Followers

Monday, April 25, 2011

Zikir Harian

  • HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum (1000X)
  •  HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil ‘aliyyil ‘a ziim (1000X)
  • HARI SELASA: Allahumma salli ‘ala ‘abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa’ala alihi wasahbihi wasallim (1000X)
  • HARI RABU: Astagh firullahal ‘a ziim (1000 X)
  • HARI KHAMIS: Subhanallahii ‘a ziim , Subhanallahi wabihamdihi (1000 X)
  • HARI JUMAAT: Ya Allah (1000 X)
  • HARI SABTU: La ilaha illallah (1000 X)

ZIKIR DALAM 7 KEADAAN.
Seorang ahli zikir, Asy-syaikh Al-Faqiih Al-Laithi pernah berkata : ‘sesiapa yg memelihara (selalu mempergunakan) tujuh aneka kalimah berikut yang digunakan dalam 7 keadaan , maka InsyaAllah akan tergolong kalangan mulia menurut pandangan Allah dan para malaikatNya, dan Allah akan terus mengampuni dosanya sekalipun bak buih lautan luas, seterusnya dia akan termasuk orang yg memperoleh kemanisan iman InsyaAllah juga mendapat keredhaan pada hidup dan matinya.


7 kalimah itu adalah :
  • Bismillahhirrahmannirahim – Ketika memulai sesuatu perkara yang baik.
  • Alhamdulillahhirabbila’lamin – Ketika sudah selesai sesuatub perkara yang baik.
  • Astghfirullahhala’zin – Ketika melakukan perbuatan yang dosa dan sia-sia.
  • InsyaAllah – Ketika hendak berjanji atau melakukan sesuatu kerja.
  • LahaulawalaQuwwatailbilah – Ketika mengahadapi sesuatu kerja yg agk sukar,
  • Innalillahiwainnalillahirajiu’n – Ketika ditimpa sesuatu dugaan.
  • Lailahaillah, muhammadurrasullah – Setiap masa.. siang dan malam.. susah dan senang..
* Selamat beramal*


Khasiat Bismillah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :
” Setiap pekerjaan yang mempunyai kebaikan ( penting ) yang tidak dimulai padanya dengan menyebut ” Bismillahirahmanirahim”, maka pekerjaan itu akan pincang ( terputus dari rahmat Allah )
Antara khasiat Bismillah :

1.  Mendatangkan bermacam-macam hajat
Bacalah Bismillahhirahmanirrahim sebanyak 12,000 kali.  Setiap akhir 1000 kali, bacalah selawat kepada Nabi Muhammad ( 1 x ).  Mohonlah kepada Allah apa yang dihajatkan.  InsyaAllah, dengan ikhtiar ini beserta usaha, Allah akan mendatangkan semua hajat.

2.  Untuk melariskan dagangan
Bacalah bismillah sebanyak 786 kali selama 7 hari berturut-turut.  Mulakan dengan niat agar dagangan menjadi laris.  InsyaAllah setelah 7 hari, dagangan akan laris walaupun dimulai sedikit demi sedikit.

3.  Aman dari gangguan syaitan
Bacalah bismillah 21 kali sebelum tidur.  Jangan berkata-kata lagi sehingga terlelap.  InsyaAllah, terhindar dari gangguan syaitan, pencuri, mati mendadak dan terhindar dari bencana.

4.  Menundukkan orang yang suka menganiaya
Bacalah Bismillah 50x dihadapan orang yang zalim dan percayalah pada kemampuan diri.  INsyaAllah, orang yang zalim itu akan merasa rendah diri kepada kita.  Seandainya dia berniat jahat dan merasa geram dengan kita, akan tersirnalah maksud jahatnya.

5. Untuk meringankan kesakitan
Bacalah bismillah 100x dan usap pada penyakit yang dihadapi selama 3 hari berturut-turut disertai dengan mengambil rawatan.

Friday, April 8, 2011

Strategi Bisnes Tony Fernandes Membangunkan AirAsia | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Strategi Bisnes Tony Fernandes Membangunkan AirAsia | iluvislam.com + discover the beauty of islam